MY BOX NET

Tuesday, November 23, 2010

VIDEO 5 : Lab 1.4- Measuring Volume by Displacement of Water

VIDEO 4 : Measuring Volume with Various Glassware

VIDEO 3 : Gembira Tepuk Tangan

VIDEO 2 : Measuring volume by Peter Weatherall

HBMT 2103 KERJA KURSUS TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

 
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER SEPTEMBER, 2010

HBMT2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

HOW VOLUME OF LOQUID ARE MEASURED

DISEDIAKAN OLEH
MOHD NOR AZIZI B. ISMAIL
NO. I/C : 781012-11-5417
TEL : 019 - 9803956

EMAIL : aziziismail7877@yahoo.com
                 norazizi1979@gmail.com

TUTOR
EN. FAN SIONG PENG

IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN,
22200 BESUT TERENGGANU DARUL IMAN.


BIODATA BERGAMBAR



NAMA : MOHD NOR AZIZI B. ISMAIL
NO. KAD PE NGENALAN : 781012-11-5417
WARGANEGARA : MALAYSIA
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
NO. TEL : 019-9803956
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGASAAN KG. BESUT, BANDAR PEMAISURI, 22100 SETIU TERENGGANU
NO. TEL. SEKOLAH : 09-6923618
ALAMAT RUMAH : PT 4199 KG. PAK KANCIL DALAM, MUKIM TASIK 22100, SETIU TERENGGANU
TEL RUMAH l: 09-6097193
STATUS : BERKAHWIN
NAMA ISTERI : ASRUL AZURA BT. ABDULLAH
NAMA ANAK:
1. NUR NAJMINA ATHIRAH ( 8 TAHUN)
2. NUR SYAFIQAH MUNIRAH (4 TAHUN)
3. NUR HANISAH MAISARA ( 2 TAHUN)
4. MUHAMMAD AIDIL ADIB ( 4 BULAN)
TEMPAT BELAJAR : IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT TERENGGANU
EMAIL : norazizi1979@gmail.com

PENGHARGAAN
          Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA maka terhasillah garapan cetusan ideal mengikut tugasan yang diamanahkan. Ketandusan ilmu pengetahuan dan kepincangan yang dialami akhirnya dapat diatasi. Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini.
          Batasan waktu yang ada membawa seribu makna kepada saya tutoriol dan tugasan menuntut komitmen yang amat tinggi disamping keluarga yang juga memerlukan perhatian. Namun segala ranjau penuh berliku yang perlu diharungi  membuatkan saya tabah demi segulung Ijazah.
          Justeru itu, sekalung budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada tutor saya En. Fan Siong Peng dan semua tenaga pengajar dijabatan Matematik yang telah banyak memahami, berkorban masa dan tenaga serta sering bertolak ansur. Ilmu yang dikongsi akan dijadikan satu pengalaman yang tidak ternilai dan tinggi ertinya. Moga Allah jua yang membalasnya. Ucapan terima kasih jua buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama bersengkang mata, berkongsi ilmu dan pengalaman untuk menyiapkan tugasan ini. Harapan saya, biarlah pengorbanan ini turut membuahkan hasilnya untuk generasi akan datang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.Amin.
Sekian terima kasih.

MOHD NOR AZIZI B. ISMAIL
781012-11-5417
SMPKPM OUM
AMBILAN SEPTEMBER 2009


VIDEO 1 MENUNJUKKAN BAGAIMANA ISI PADU CECAIR DISUKAT


ALAT BANTU MENGAJAR 1 



ALAT BANTU MENGAJAR 2




CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID LEMAH


Tajuk : Isipadu cecair
Tahun : 2 Gigih
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
1. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul
2. Membanding sukatan isipadu cecair daripada 2 bekas


Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek, lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk nombor bulat.
Bahan bantu mengajar : Bekas berlainan saiz, baldi serta perisian komputer untuk menyukat isipadu cecair


SET INDUKSI
Isi pelajaran : Video muzik cara menyukat isipadu cecair
1. Guru menunjukkan klip video muzik yang berkaitan dengan proses menyukat isipadu cecair kepada murid-murid ( rujuk video 2 )
2. Guru dan murid-murid sama-sama bersoal jawab mengenai tontonan video tersebut.
3. Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran pada hari tersebut.


LANGKAH 1
Isi pelajaran : Konsep isipadu cecair
1. Guru terlebih dahulu memberi penerangan tentang maksud isipadu cecair kepada murid-murid.
" isipadu cecair merujuk kepada kapalsiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapalsiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan unit piawai (standard unit) iaitu liter dan milimeter dalam sistem metrik. Isipadu cecair tidak akan berubah walaupun dituang ke dalam bekas yang berbeza bentuk".
2. Guru dan murid-murid sama-sama bersoal jawab tentang maksud isipadu cecair ini dengan mengemukakan contoh yang bersesuaian .

LANGKAH 2
Isi pelajaran : Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
1. Murid diibahagikan kepada 4 kumpulan oleh guru.
2. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang murid untuk menjalankan aktiviti menyukat air secara kooperatif.
3. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pencatat untuk merekod sukatan air yang disukat nanti.
4. Setiap kumpulan diberikan 3 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji gelas kecil sebagai alat penyukat.
5. Setiap kumpulan diminta menyukat air dan mencatat bilangan gelas yang berisi air yang diperlukan untuk memenuhi setiap bekas yang diberi dalam jadual yang disediakan.(Rujuk Jadual 1)


No              Bekas                   Bilangan Gelas

1.                Gelas                    2 gelas
2.                Botol                    3 gelas
3.                Mangkuk              4 gelas


6.Guru memberi penjelasan kepada murid-murid hasiul daripada aktiviti yang telah dijalankan tersebut.


LANGKAH 3
Isipelajaran : Menyukat dan membanding isipadu cecair menggunakan perisian komputer.
1. Guru memaparkan kepada murid-murid 1 alat bantu mengajar berbentuk perisian komputer yang boleh digunakan untuk menyukat air agar lebih mudah. Rujuk alat bantu mengajar 1
2. Murid-murid diiber penerangan oleh guru bagaimana cara untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut.
3. Guru menunjukkan kepada murid-murid cara menyukat isipadu cecair dan membuat perbandingan sukatan cecair menggunakan perisian tersebut.
4. Setiap kumpulan diminta mencuba perisian tersebut dengan menyukat air sebagaimana arahan guru.
5. Guru mempelbagaikan arahan sukatan untuk kefahaman murid-murid.
6. Murid-murid menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya.


PENUTUP
Isi pelajaran : Rumusan Pelajaran
1. Guru merumuskan pelajaran yang telah dijalankan.
2. Murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair  boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas yang digunakan semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi kedalamnya.
3. Guru memasang lagu gembira tepuk tangan  dan bersama murid-murid menyannyikan lagu tersebut sebagai tanda kegembiraan setelah berjaya menamatkan pembelajaran. Rujuk video 3.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID PINTAR

Tajuk : isipadu cecair
Tahun : 2 Elit
Kemahiran : Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu milimeter.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat
1. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu milimeter.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek, lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk nombor bulat.
Bahan bantu mengajar : Bikar, selinder penyukat, balang kaca, serta perisian komputer untuk menyukat isipadu cecair.


SET INDUKSI
Isi pelajaran : Video cara menyukat isipadu cecair
1. Guru menunjukkan klip video yang berkaitan dengan proses menyukat isipadu cecair kepada murid-murid. Rujuk video 4.
2. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab mengenai tontonan video tersebut.
3. Guru mengaitkan video dengan isipelajaran pada hari tersebut.

LANGKAH 1
Isi pelajaran : Konsep isi padu cecair
1. Guru terlebih dahulu memberi penerangan tentang konsep isipadu cecair
"isipadu cecair adalah banyaknya cecair didalam sesuatu bekas tertentu. Manakal jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapalsiti bekas itu. Isi padu cecair tidak akan berubah walaupun dituang ke dalam bekas yang berbeza bentuk"
2. Guru menjelaskan lagi konsep isipadu cecair dengan melukis gambarajah dibawah:-
3. Murid-murid juga diberitahu bekas yang berlainan saiz dan bentuk juga boleh digunakan bagi menjelaskan konsep isipadu cecair. Lihat rajah dibawah:-

4. Guru meminta murid-murid memerhati paras cecair di dalam setiap bekasA1, B1 dan C1. Guru membimbing murid-murid membuat kesimpulan .


LANGKAH 2
Isi pelajaran: Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai (unit milileter sahaja) 
1. Guru memperkenalkan selinder penyukat kepada murid-murid yang berfungsi untuk menyukat cecair.
2. Guru menjelaskan kepada murid-murid untuk memperolehi sukatan yang tepat, unit liter dan milileter digunakan. Simbol bagi leter ialah ( l ).
3. Murid-murid diberitahu oleh guru untuk menyukat isipadu cecair yang kurang daripada 1 liter unit piawai yang lebih kecil diperlukan. Unit ini dipanggil sebagai milileter.
4. Murid-murid diminta oleh guru menyukat isipadu cecair dengan menggunakan selinder penyukat berdasarkan sukatan cecair yang telah dinyatakan oleh guru.
5. Untuk menguji kefahaman murid. guru meminta  murid-murid membaca ukuran sukatan pada selinder penyukat dengan betul.
6. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid semasa aktiviti menyukat cecair ini dijalankan.


LANGKAH 3
Isi pelajaran : Menyukat isipadu cecair menggunakan perisian komputer
1. Guru memaparkan kepada murid satu alat bantu mengajar berbentuk perisian komputer yang boleh digunakan untuk menyukat cecair agar lebih mudah difahami. Rujuk alat bantu mengajar 2
2. Murid-murid diberi penerangan oleh guru bagaimana cara untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut. 
3. Guru menunjukkan kepada murid-murid cara menyukat isipadu cecair menggunakan perisian tersebut. 
4. Setiap kumpulan diminta menggunakan perisisna tersebut dengan menyukat air sebagaimana arahan guru. 
5. Guru mempelbagaikan arahan sukatan untuk kefahaman murid-murid. 
6. Murid-murid menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya.
7. Guru memantau aktiviti murid-murid semasa menjalankan aktiviti ini. 


PENUTUP 
Isi pelajaran : Rumusan pelajaran


1. Guru merumuskan pelajaran yang telah dijalankan.
2. Murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas yang digunakan, semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke dalamnya. 
3. Sebagai penutup pengajaran, guru menunjukkan satu klip video berkaitan dengan menyukat sesuatu benda.  Rujuk video 5.
4. Guru dan murid sama-sama menonton klip video tersebut
5. Guru menjelaskan tentang klip video tersebut dan memberitahu murid-murid pelajaran seterusnya berkaitan dengan sukatan ini akan diteruskan pada hari kemudian.

VIDEO 1 : How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder